Road to recovery: Part 1


Kenangan di tempat yang suamiku selesa berada.



Post 89 days since election day on May 9th.
Also post 89 days since hubby's stroke attack.

Kenapa ya aku nak tulis blog ni, padahal waktu ni, hati ni tengah sangat terasa
kosong. I'm going through life right now as if its set on auto pilot. I don't care what happens anymore.


Ini suami saya pada 11hb May selepas dia menjalani operation di kepala. DR terpaksa buat craniotomy  untuk menyedut darah yang berlaku akibat pembuluh darah di bahagian otak dia pecah.
 Intraparenchymal bleed due to hypertensive emergency  diagnosisnya.
Sebelum operation, aku di minta tandatangani surat consent menyatakan aku setuju dan terima jika berlaku apa-apa pada suamiku.
Kau bayangkan perasaan aku, nak kena sign selepas di beritahu kemungkinan yang akan berlaku. Tapi nak buat cara apa lagi, memang pembedahan sahaja yang kemungkinan boleh menyelamatkan dia pada masa itu. Aku setuju saja. Dari jam 10 pagi dia masuk ke bilik pembedahan, jam 8 malam baru selesai pembedahan dia. Pakar bedah yang merawat kata semuanya berjalan lancar, cuma salur darah yang sudah pecah memang tidak boleh di baik pulih. Jadi masa jela yang menentukan apa yang rosak. Sehingga kini masih belum pasti lagi.
Selepas pembedahan, suamiku di masukkan ke wad HDW.

Di wad ini HDW ( HIGH DEPENDENCY WARD), suamiku telah dijaga rapi. Dia tidak sedarkan diri selama seminggu. Langsung tiada pergerakan badan, sekadar bernafas dengan alat bantuan pernafasan.
Ketika ni, aku hanya mampu berdoa kepada dia. Nak duduk sentiasa dengan dia memang tak boleh. Faham, polisi hospital dan aku tak membantah. Saudara, kawan kawan dan ramai yang datang melawat suamiku.
Sedikit terharu ramai yang sayangkan suamiku. Tak henti - henti orang melawat.
Dalam masa seminggu ni, doctor ada memberitahu, jika suamiku tidak ada pergerakan atau kesedaran, mereka terpaksa menebuk lubang ( tracheostomy) di leher suamiku untuk membantu dia bernafas. Memang aku faham doctor lah yang paling tahu apa langkah yang nak dibuat dan terbaik untuk setiap pesakit mereka, tapi sungguh aku taknak dia menjalani tracheostomy tu. Berat hati aku nak terima keadaan itu.
Alhamdulillah, selepas beberapa hari doctor memanggilku berkenaan procedur itu, suamiku menunjukkan pergerakan. Jari kanan dia bergerak!
Dia boleh mendengar suara suara di sekeliling dia tapi dia tidak membuka mata pun, jari je yang gerak.
Aku pun bagi arahan itu ini, kalau setuju buat isyarat thumbs up dan sebagainya.
Alhamdulillah aku bersyukur sangat dia sudah ada respon.
Kalau kau lihat pada kepala dia, masih ada bengkak pada masa itu. Jelas dan ketara bengkak di kepala tu.
Selepas suamiku ada pergerakan,  dia boleh di pindah kan ke wad biasa. Di wad biasa ini dia perlu penjagaan rapi dari keluarga.

Akan di sambung pada Part 2.











No comments

Check out my instagram