Check out my instagram

Cara nak jimat hampir RM2k untuk melancong ke Bangkok.



Best kan tajuk? Nak tahu cara - cara dia sila baca sampai habis.
Bulan October baru - baru ni i pergi melancong ke Bangkok.
PTPTN clear alhamdulillah tak ada masalah. Of course la clear, payment tak pernah lepas.
Hutang harus dibayar walaupun PAHIT.
PTPTN suami pun di paksa bayar sebab i don't want him to end up with loads of shitty debts.
Oh PTPTN bila la nak di hapuskan.
Hai la blog. Last post 30 September.
LOL sangat. Apala yang busy sangat pija oi. Jangan la bagi blog ni bersawang.
Apa tak busynya dengan kerja, bisnes bypijot, anak - anak. Hmm memang nak tulis blog ni perkara terakhir dalam list.
Sekarang ni pun tengah procastinate tak buat website company kerja. Boss dah tanya haa bila nak siap.
I don't have the desire to do anything right now.
Sedih kan. Hari ni je da habis satu bar coklat CADBURY OREO.
Haa amik kau. satu bar habis.
Tapi sharing dengan anak - anak la. Pernah pula dorang tu tengok coklat tak pernah minta kan.* rolls eyes*

So berbalik pada trip ke bangkok.
Nak tahu kan macam mana nak jimat hampir rm2k?
Well, i di sponsor oleh company. HaHaHaHa ...
SO kalau korang nak jimat, minta la company sponsor. heheheh.
It was a company trip. Semua staff pergi.
THANK YOU BOSS I LOVE YOU SO MUCH.
Syukur sebab tak perlu nak keluar duit untuk flight atau accommodation , cuma kena keluar duit makan and shopping. So ada lah dalam 1k+ je habis untuk trip ni.

Ni bukan 1st trip for me to Bangkok. 2nd trip. 1st trip masa tahun 2015, masa tu my 2nd born Iman Inaara masih dalam kandungan hehe.
So perasaan excited dia mungkin kurang sikit tapi this time dapat pergi Hua Hin. Yeay.
Basically the only part of the trip yang i suka.

So itinery macam ni. Kalau rajin sila baca. Kalau tak rajin membaca nak buat macam mana. Pergila scroll fb & ig sana.

1st day:
7am: Arrival at airport KLIA and capture a selfie!
see that fake smile of mine

JUMPA SHARNAAZ AHMAD !!

9am: Boarding. BTW, masa pergi ni birthday 1st born i, Iman Irdina. Cepat je masa berjalan, dah 4 years old. Tahun depan nak pergi school dah. ( Tapi dina taknak pergi..sikit2 taknak pergi, MALU katanya)
HAPPY 4TH BIRTHDAY BABY GIRL.

11am: Arrive at Bangkok's Suvarnabhuni Airport. Besar ok airport ni. Dah sampai we all tunggu tour guide nak pick up.
12pm: Tour guide dah sampai. ( disaster begins ) haha. Depart ke Hua hin. Dari Bangkok nak ke Hua hin ambil masa lebih kurang 3 jam KALAU TAK BERHENTI MANA MANA.
DALAM VAN OTW KE HUA HIN

5pm: See, jam 5 baru sampai Hua Hin. Sebab 1 kali stop and jalan jam. Memang lari la itinery.
5.40pm: SKIP lunch terus dinner di satu halal restoran. Restoran ni aku suka, sebab sedap. Nama restoran ni HABIBI HALAL RESTAURANT. Nak tahu lokasi please google, mesti keluar.


Dia punya steamboat sedap weh, i love it! Dengan sup tomyam and cicah pedas dia tu.. slurpppp. Sorry kalau terliur. Tapi memang sedap. Gambar pun tak sempat ambil sebab sibuk makan.

7pm: Check in hotel. Nama hotel tak perlu la nak info sebab not very nice. Bilik dia ok, tapi breakfast dia tak ada muslim friendly. So 2 stars for me.

9pm: Pergi jalan - jalan ke night market Hua Hin. I love this. Tengok night  market orang macam mana gaya dia .
HANDSTAMPED!!
ADA 2 ATAU 3 STALL MUSLIM FOOD =)
SCENE
THE SQUAD! AND LITTLE MUNCHKINS.
MY SQUAD DENGAN ICE CREAM

At night market ni tak ada beli apa-apa pun. Entahla aku ni kalau shopping memang tak reti. Tapi semua benda nak. Macam mana tu?
End of day 1.

DAY 2: HUA HIN TO BANGKOK
8am: Breakfast at hotel. Makan scramble egg je.
9am: Check out pastu bergerak ke Venezia hua hin. Ni tempat tourist attraction. Ok la tempat dia untuk jalan- jalan ambil gambar. Ada macam-macam section dalam venezia ni tapi kitorang tak masuk semua tempat. ADVICE: kalau nak pergi Venezia, please pergi waktu malam. Waktu malam lebih cantik berbanding siang.




11AM: Ke Santorini at Hua Hin! Ni la sebab utama nak ke Hu Hin. Santorini! Tak dapat pergi ke greece, dapat pergi sini la dulu nak ambil feel suasana dia kan. Overall i really love the ambience. Tempat ni memang cantik nak ambil gambar. Quite huge actually, and dah sampai sini baru tahu ada lodge khas untuk pengunjung santorini. So tak perlu la nak book hotel jauh-jauh kalau nak pergi sini. Obviously dalam kepala aku kenapa tour company tak book hotel ni je?? *RAGE*
Kalau nak ambil gambar je, takes tak sampai sejam pun nak pusing tempat shopping dia. Macam outlet untuk tourist. Santorini ni pun ada water park ok. Nasib baik lah anak-anak behave tak tantrum sebab tak pergi water park.


Banyak lagi gambar sebenarnya dalam phone tapi tak upload. ZZzzzz



1pm: Tak lunch pun , we all terus bergerak ke Bangkok konon-konon nak kejar market Chatuchak.

430Pm: Baru sampai Chatuchak. *CRY*. Chatuchak ni tutup jam 6pm!! . Mana sempat nak shopping. So sad. Time ni aku dah sakit hati dengan tour guide ni. Dah rasa macam masuk Amazing race dah ni nak kejar masa. Dahla tour van drop kan je we all kat simpang pastu sedap je kata Chatuchak is just around the corner. Memang kitorang pergi chatuchak ni everyday.
Whatever la kan. Ni je rezeki yang ada. Redha.
So we all turun and tengok-tengok dalam chatuchak ni. Semua da kelaparan sebab belum lunch, so i decided to find the old kebab restaurant i used to eat back in 2015.
BIG MISTAKE.
Sebab masa sampai tu tengok susunan macam dah lain. Or aku yang sesat. LoL. Mana-manalah. Cari punya cari nak dekat sejam juga la cari baru jumpa. Finally jumpa. ALHAMDULILLAH. So kebab was our lunch.
Sedih sebab restaurant yang jual air teh terbaik sebelah kedai kebab ni dah tak ada.

7pm: After Chatuchak we all dah penat so decided nak check in hotel je. Tapi tak boleh sebab tour guide insisted we all pergi ke Asiatique riverside. ( Which aku dah pernah pergi back in 2015 and there wasn't anything there really, semua barang kat chatuchak tapi triple the price). So dah kena paksa pergi kena la pergi. End up no one wanted to go sight seeing, we all decided to eat at the halal restaurant over there. Part ni la rasanya baru aku sedar since arriving at Bangkok i took iced drinks je. Now dah mula batuk2. (cue to disaster no 2. DEMAM).

9pm: Check in ke hotel. Hotel Majestic. Quite nice . Public transport accessible. Dekat je nak pergi mana-mana by foot. Kalau cross the road dah sampai ke Arab street which is awesome.


Bersambung di entry kedua!










No comments