Check out my instagram

Cara cara membuat pin cushion mannequin

Hai all, blogpost kali ini pija nak ajar cara cara nak buat mannequin pin cushion.
Chewahhh bajet macam terror tapi
baru cuba buat satu je pin cushion style ni *malu*
Nevermind, asalkan ada hati nak buat teruskan sahaja ye tak?
Lagi elok dari termenung ke luar jendela *alahi nasib ....*

Okay, kalau rajin sila baca. Kalau tak rajin sila contact i di fb i untuk order je hahahha. Harga murah je tak mahal pun *wink*

1st step:
Nak buat mannequin pin cushion ni you all harusla kena ada 'draft' atau gambar mannequin. I dunno what you call it dalam bahasa tukang jahit tapi benda alah kat bawah ni, you all kena cari dulu.sebab kalau tak ada & you all nak lukis atau potong kain terus memang tak akan jadi lah ye pin cushion you all tu.
*believe me please*

Dah ada,download potong cantik cantik lepas itu upload kat media social hahahahah.




2nd step:
Harusla ada kain.
Kan.
Takkan nak nak pakai plastik cik pija oi. Komen sense please.
Oh ye, by the way kain HARUSLAH menggunakan kain cotton atau kain yg senang you all nak potong dan trace.

*Kalau terror pakaila kain sutera kahkahkah*




3rd step:

Apa lagi, kalau da ada bentuk mannequin tu dan kain pun sudah sedia, trace lah.





Step ke 4:
Lepas trace,potong dan akan dapat bentuk begini. So classy i like it.





Step ke 5:
Untuk bahagian tepi, you all kena lipat kain you all ( yg belakang hadap kedepan ye) dan gunting.


Pin kan kalau nak lagi tepat dan jitu.




Nanti akan dapat dua shape yang begini *yeayyyy*




Bahagian bahu ni penting you all kena take note. Sia potong sedikit di bahagian atas bahu ini untuk menyenangkan process kemudian.




Step ke 6:

Sekarang tiba masa untuk mula menjahit. Sediakan mesin jahit korang.
Gambar bawah ni saya pin kan kain (belakang kain hadapkan keluar).



Step ke7:

Mula jahit lurus dari leher ke bahu.
Lakukan process ini untuk kedua belah ye.



Step ke 8:

Ingat tadi pija ada suruh potong sedikit bahagian atas bahu? Process kali nk kita gunakan ye. Sekarang mula process agak susah dan perlukan kesabaran yang tinggi *huhuhu*

Cantumkan bahagian tepi dengan bahagian depan dan belakang.
Macam mana nak cantumkan? Kena guna komen sense balik.
Kalau bahagian depan ofcoz kena cantum bahagian tepi yang part breast tu ye tak?
Bahagian atas bahu yang telah dipotong sedikit tadi boleh digunakan untuk menyenangkan process menjahit nanti.



Cantumkan kesemua bahagian, nanti akan dapat seperti dalam gambarajah di bawah ye anak anak murid.

*tips*
Kalau nak mudah, cantumkan bahagian bawah dahulu dan kemudian bahagian atas di ikuti bahagian tengah.

Cuba dan cuba lagi.

Ye saya tahu tak mudah sebab tu kena cuba lagi *kehkehkeh*



Final step:

Bila sudah berjaya mencantumkan bahagian yang terlibat sila la mula menjahit.

Nanti you all akan dapat seperti ini, kain belum diterbalikkan kepada yang betul.
*sejujurnya saya lebih suka shape macam ni*

Nampak lebih tegak dan kemas kan?




Nanti bila da terbalikkan akan jadi begini. Tadaaaa~
Ini selepas mannequin da disumbat dengan kapas.


Saya punya mannequin ni belum siap lagi. Masih dalam process nak menghias bagi cantik dan glemer gitu.




Okay,penat juga taip dari handfon ni ek.
Tata

Pija

No comments