Check out my instagram

KWSP & rumah anda

Di sebab kan nak book free seat kat air asia tak pernah la dapat, nak ubatkan hati, kita blogging jela ye. 
Iman Irdina pun tak ada today heheh..dia pergi playdate dengan cousin-cousin dia baru balik dari jepun.

U all pernah dengar tak mengenai pengeluaran duit KWSP untuk pembelian rumah?
haa, ada kelebihan k potongan KWSP ni. 
Untuk siapa- siapa yang berhajat nak beli rumah juga boleh buat permohonan untuk pengeluaran dari akaun kedua. Tapi bukan boleh pergi walk-in ke kwsp and minta keluar kan macam tu je.
Kena ada S&P dan semua dokumen yang berkaitan.
Macam mana nak ada S&P kalau rumah pun tak beli lagi kan?
Tadi kata boleh keluarkan untuk pembelian rumah.

heee ...
saya pun konfius kejap. 

So begini, pengeluaran untuk pembelian rumah dari akaun kwsp tu kira nya macam nak membantu para pembeli rumah. Apa -apa pun, nak beli rumah memang kena ada simpanan sendiri. Ini kalau tak dapat loan 100%. Kalau dapat loan 100% bagusla..nak membayarnya nanti pun senyum jela. 
Macam kes saya, deposit 10% saya pada mulanya saya pinjam dulu duit mak ayah saya. Da bayar deposit dan da settle loan, saya keluarkan duit dari akaun kedua kwsp saya dan bayar balik pada parents saya. Memang tak full la bayar balik hehe, sebab 10% pun da rm20k. Dalam akaun kedua tak sampai rm20k pun. 
Macam itu la cara nya.

Itu bab nak keluarkan masa mula-mula nak beli rumah.
Bila da beli rumah, ada pengeluaran lain pula u all boleh buat dari akaun kedua kwsp.
Pengeluaran bayaran ansuran bulanan  atau pengeluaran untuk merendahkan baki pinjaman perumahan,

Pengeluaran untuk ansuran bulanan ni saya rasa hanya boleh di lakukan setelah pembelian rumah melebihi 2 tahun kalau tak silap? kalau silap bagitahu ye nanti saya betulkan. 
Pengeluaran ini akan di kreditkan ke dalam akaun pembayar pinjaman perumahan anda. Jadi maknanya akan masuk akaun kita sendiri dan pandai -pandai kita untuk menguruskan pembayaran itu nanti. Bagi pembayar pinjaman yang berstatus NPL ( Non performing loan) bayaran ansuran bulanan akan di beri kepada pemberi pinjaman sehinggalah status NPL tu da tiada.
NPL ni untuk peminjam-peminjam yang tidak membuat bayaran pinjaman mereka.

isk isk isk .. jangan tak bayar. Nanti interest rumah naik , lagi menangis nak bayar.

Dokumen yang perlu ada adalah penyata bank pemberi pinjaman dan juga buku bank yang kita hendak ansuran di kreditkan tiap bulan. 
Penyata bank ini perlu ikut format yang kwsp dah tetapkan. Pergi sahaja ke bank pemberi pinjaman dan beritahu anda nak penyata pinjaman untuk pengeluaran kwsp, officer-officer bank mesti tahu,
Biasa nya siap dalam 2-3 hari kalau officer-officer bank tak banyak kerja. Kalau busy tunggu jela sampai they all call balik.
Untuk pengeluaran ansuran bulanan dari akaun kedua ni, baki dalam akaun kedua haruslah mencukupi untuk 6 bulan ansuran kerana itu adalah syarat kwsp.

Pengeluaran untuk merendahkan baki pinjaman perumahan juga boleh di lakukan. 
Yang ini berapa jumlah minima kena ada dalam akaun kedua saya tak berapa pasti, tapi wang akan dikreditkan terus ke akaun pemberi pinjaman perumahan anda. Maksudnya anda tidak akan dapat wang dari akaun kedua kwsp itu. Bagusnya di sini, bayaran ansuran bulanan akan menjadi sedikit berbanding bayaran ansuran sekarang. 


so that is all.
Kalau ada info lain saya akan update. 




No comments