Check out my instagram

Cara - cara nak tukar nama pemilik akaun Tnb rumah anda.




Last month i went to TnB jalan kepong to settle my house tnb account. 
Dah nak masuk 3 tahun beli rumah 2nd hand tu tapi belum selesai lagi isu tukar nama sebab owner lama yang sangat tak helpful.
Rasa nak add je dia kat facebook pastu maki hamun dia but i'm not actually that kind of person.
Penukaran nama akaun tnb ni penting untuk mengelakkan isu - isu kemudian hari seperti owner lama tiba -tiba angin rajin nak pergi potong akaun dia pastu rumah u all tiba - tiba tak ada elektrik sebab akaun baru belum buat. 
Masa saya buat rujukan online, ada yang kata nak buat akaun tnb baru kena tunggu akaun lama tutup baru boleh buat akaun baru atas nama kita. 
Ada juga yang kata boleh buat terus, tak kisah dan tak perlu tunggu owner lama tutup akaun. 
kesimpulannya, saya pun tak pasti. 
Ikut pengalaman saya, saya pergi nak buat akaun tnb baru atas nama saya, dan KEBETULAN pula owner lama dah tutup akaun dia pada hari yang sama pada waktu pagi,( tanpa inform saya atau suami). Saya pergi buat akaun baru sebelah petang so nampak tak jalan cerita dia macam mana?

So bulan lepas me and hubby pergila settlekan isu tu, and alhamdulillah dah settle.
So kalau nak tahu cara -cara nak tukar nama untuk TnB account, read on. Ini utk rumah yang tukar ownership ye, bukan untuk rumah baru. Rumah baru ofcoz la takya tukar-tukar nama kan? rasanya developer yang akan buat kan untuk u alls. 

So, first thing to do is 
1. to know which Tnb yang u all kena pergi.

Usually akan tahu dari bill tnb yang dapat setiap bulan tu. haa, kat bill tu akan ada tulis. 
Takpun call careline tnb and tanya sendiri kat mana you all boleh buat penukaran nama akaun tnb. 
Setahu saya semua tnb yang ada kaunter khidmat pelanggan boleh ( UTC mostly ada ). 
UTC kat pudu kl tu opening hours dia sampai jam 10 malam, so agak bagusla untuk orang - orang yang kesuntukan masa dan tak sempat nak kejar masa office hour untill 5pm tu, u all boleh pergi UTC pudu. 

2. kena beli setem hasil RM10. 

Masa saya google2 cari info ramai kata kena beli rm20 setem hasil pastu kena matikan setem kat pejabat lhdn. TAK PAYAH ye. Beli setem hasil rm10 sahaja. ( nak beli kat kaunter tnb pun boleh, tapi nak safe tak perlu ulang alik sana - sini, beli jela dulu kat post office. Borang tukar nama da isi, tak perlu nak matikan kat lhdn pun. 

3. Sila fotostate semua dokumen yang berkaitan.

 S&P , IC, dan sebagainya lah. Jangan jadi macam saya last minit buat kerja, segala dokumen tak fotostat. Pastu mengharapkan belas kasihan budak kat kaunter tu memang tak dapatlah kan. They all pun malas nak layan cause 'tak termasuk dalam jobscope' they all. 

4. Sediakan duit deposit yang secukupnya

. Untuk apartment macam saya kena deposit rm500. Untuk landed property dan rumah lain - lain sila call customer careline tnb dan tanya =)


hmm, rasa nya itu sahaja yang perlu tahu. Kalau ada apa - apa lagi saya tambah kemudian. 


1 comment

  1. Beli stamp dekat post office dan matikan di tnb ke? sebab rata2 saya tanye semua suruh saya beli di lhdn dan matikan pun di lhdn

    ReplyDelete